Showing posts with label Yasmin. Show all posts
Showing posts with label Yasmin. Show all posts

Friday, August 20, 1976

Bersama Yasmin

 Suatu petang di Taman Jepun, Jalan Tambun di Ipoh, aku bersiar dengan Yasmin. Perkenalan itu telah sekian lama terjadi, namu tiba masa dan ketikanya kepastian itu hanyan dengan kehendak Tuhan. Apa yang tinggal akan hanya menjadi kenangan silam di dalam lipatan hidup seseorang. 


Aku menerima sekeping surat darinya selepas perjumpaan itu, dan surat itu mengingatkan aku akan lagu "Surat Terakhir" nyanyian Salamiah Hassan - kisahnya amat mengesankan.  

Saturday, August 25, 1973

Taman Jepun Bersama Yasmin



Suatu petang aku pergi bersiar-siar dengan Sharifah Yasmin ke Taman Jepun di Jalan Tambun, bersebelahan dengan simpang ke Perak Turf Club.  Pengaruh zaman Groovy kelihatan pada baju yang aku pakai bercorak bunga-bunga.  Lanskap Taman Jepun itu diperbuat sebegitu rupa seakan-akan kita berada di negara Jepun.  Kolamnya dibela ikan 'koi' berwarna kerah, bersama jambatan kecil berwarna merah.

Terdapat sebuah rumah contoh diperbuat dari kertas dengan pintu yang boleh di tarik.  Juga sebuah jam taman yang besar disusun permukaannya dengan pokok-pokok bunga berwarna-warni.

Pantun Hari Jadi: Seti Zaleha