Showing posts with label Nurul Fithri. Show all posts
Showing posts with label Nurul Fithri. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

"Jasamu Dikenang" MBI

Satu majlis "Jasamu Dikenang" bagi meraikan pesara-pesara dari majlis Bandaraya Ipoh telah diadakan di Dewan Bandaran Ipoh pada 21 Disember 2011.  Majlis telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Haji Abdul Rahim bin Mat Ariff.  Jamuan makan tengahari itu meraikan seramai 69 orang pesara bagi tahun 2011, lapan orang pesara pilihan, dan menghormati 11 orang pesara yang telah meninggal dunia bagi tahun tersebut. 

Aku tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, dan aku diwakili oleh isteri dan anak perempuan, Nurul Fithri di majlis penyampaian Sijil Penghargaan pada hari tersebut.

Sunday, June 29, 1997

Hadiah "Father's Day"

Sambutan "Father's Day" tahun 1997 diadakan di pusat membeli-belah Ipoh Parade pada Ahad 29 Jun, 1997.  Sempena hari "Father's Day" satu pertandingan bertema "The funny side of my Dad" dan mencipta tali leher dari kertas "Design a tie for Dad". Anak perempuan aku Nurul Fithri (12 tahun) menyertai pertandingan itu.

Anakku, Nurul Fithri memenangi hadiah pertama, sebuah trofi, hamper Vochelle bernilai RM120. Berita kemenang tersiar dalam akhbar Sun Magazine pada 1 Julai 1997.

Pantun Hari Jadi: Seti Zaleha