Showing posts with label Medan. Show all posts
Showing posts with label Medan. Show all posts

Tuesday, July 4, 1995

Kumpulan KMK SINAR ke Medan, Indonesia



Kumpulan KMK SINAR menerima hadiah lawatan sambil belajar ke Medan Indonnesia bermula dari 4 hingga 8 Julai 1995. Pn. Najillah selaku ketua rombongan bagi Majlis Bandaraya Ipoh. Ahli terdiri dari Robert Chelvanayagam selaku ketua kumpulan SINAR, aku selaku Fasilitator, yang lainnya Hor Choong Kong, Lee Siew Ching, Mustaffa bin Salleh, Saedah bt Zamani, Nasir, Jamal, Dhana, Jamilah Bee bt Abdul Ghaffour.



Di Medan, kami menginap di Garuda Plaza Hotel, keesokkan harinya melawat ke tempat pelancongan Danau Toba, dan menginap diDanau Toba International Cottage, Parapat. Kumpulan juga dibawa pergi ke Pulau Somasir untuk membeli-belah serta melawat tempat-tempat bersejarah di sana.


Tidak ketinggalan kami berpeluang pergi ke Brastagi, tapi cuacanya sungguh dingin pada malam hari. Pemandangan dari atas bukit ternyata aman dan tenang. Sebelum berangkat pulang, kami pergi melawat pasar buah-buahan dan kawah gunung berapi berhampiran. 

Sunday, December 29, 1985

Lawatan Kebudayaan ke Medan, Indonesia


Kumpulan Kesenian Perak di bawah naungan Y.A.B Dato' Seri Ramlie Ngah Talib, Menteri Besar Perak dalam lawatan muhibah dibawa melancong ke Medan, Indonesia pada 29 Disember 1985 hingga 2 Januari, 1986.  Lawatan kami adalah insentif menghargai penglibatan semasa pertabalan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.  Setiba di Medan, delegasi KSP bergambar dengan pakaian seragam di perkarangan Istana Maimun, warisan kesultanan Deli, Medan.


Senarai Delegasi:

Haji Shaari bin Lebai Awang
Ismail bin Shah Bodin
Mustapa Kamal bin Tajuddin 
Basnee bin Mat Ali
Fatimah bt Mohd Rashid
Isma Suria bt Shah Bodin

Mohd Ariffin bin Kader Mastan
Abd Hamid bin Abd Aziz
Zainuddin bin Haji Ibrahim
Mohd Fuad bin Jusoh
Mohd Tahir bin Nordin
Manjaya bin Mansor
Yussain bin Youno Yaman
Mohd Darwam bin Haji Wasidin
Abas @ Azhari bin Yahya
Manan Miah bin Wabullah
Bah Suri a/l Amin
Abd Khalid bin Mohd Shafie
Fauziah bt Mohd Said
Nazalina bt Jaafar
Haslina bt Mokhtar
Normadiah bt Abd Manaf
Jackquiline Berlina Hudson
Noraini bt Mohd Noor
Puteri Suriya bt Megat Khas
Azamah bt Kassim
Nurul zaiti bt Mohd Shafie
Jamaliah bt Din
Rosenah bt Shamsul Aman
Zaki Hishamuddin bin Mohd Salleh
Noraini bt Ariffin
Phan Yoan Ping
dan aku...

Lawatan meliputi bandar kota Medan, Parapat dan Danau Toba.  Makan tengah hari di Permatang Siantar.  Keesokan harinya ke Pulau Somasir, meninjau peninggalan sejarah kebesaran Kerajaan Batak Toba.  Kami juga pergi ke Ambarita, dan sempat bergambar beramai-ramai di Tomok.  Semalam di Brastagi. 
 
Lawatan ke Medan adalah pengalaman pertama kalinya aku menaiki pesawat ke luar negara. Berlepas dengan pesawat Garuda GA 933 dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ke destinasi Lapangan Terbang Polonia di Medan.

Pantun Hari Jadi: Seti Zaleha