Showing posts with label Sharifah Aini. Show all posts
Showing posts with label Sharifah Aini. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Belasungkawa Datuk Sharifah Aini


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini telah pergi menyahut panggilan Illahi pada 5 Julai 2014, bersamaan 7 Ramadhan 1435 di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Kula Lumpur.  Allahyarham dimasukkan ke wad rawatan akbiat panyakit fibrosis paru-paru yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.  Allahyarham pernah berpesan dan amat-amat berhajat agar pemergiannya biarlah pada bulan Ramadhan yang mulia, dan begitu diperkenankan Illahi. 




Sebagai memperingati akan pemergian allahyarham, aku nukilkan sebuah Tanka seperti yang di atas.  Pemergiannya hanya tiga hari selepas hari ulangtahun kelahirannya yang ke 61 pada 2 Julai 2014.  Ramadhan bakal disambut oleh Syawal ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfithri.  Menjelang tibanya Aidilfithri sunyi dari lagu-lagu raya dendangannya.  Aku sendiri tak sampai hati untuk memainkan lagu-lagu raya nyanyiannya. 

kredit gambar: The Star.com.my

Permintaan seorang ibu agar jenazahnya disembahyangkan oleh anak lelakinya tertuntai bilamana Aliff Omar sendiri menyembahyangkan jenazah ibunya di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Semoga rohnya ditempatkan kalangan para mukminin. 

Saturday, November 28, 2009

Artis Jemputan Datuk Sharifah Aini


Datuk Yahaya menyambut hari ulangtahun kelahiran di Hower Regency Hotel pada 28 November 2009. Pada malam itu kami dihibur oleh artis jemputan Datuk Sharifah Aini.  Datuk Yahaya tahu yang aku minat pada Sharifah Aini, jadi diaturnya jemputan khas buat kami semua.


 

Dengan keramahan yang ditunjukkannya pada malam itu, kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama artis yang diminati, Datuk Sharifah Aini.

 

Kami semua dihiburkan dengan lagu-lagu pilihan dari album terdahulu yang evergreen.  Lagu-lagu seperti Burung Pungguk, Hapuslah Airmatamu, dan beberapa lagu Inggeris pilihannya untuk hiburan para jemputan.

Friday, October 18, 1996

Bersama Datuk Sharifah Aini

 

Sempena Karnival Membeli-Belah yang diadakan di Greentown Mall Ipoh pada 18 Oktober 1996, Datuk Sharifah Aini artis EMI telah diundang sebagai artis jemputan sambil mempromosikan album "Selamanya".  Aku mengambilpeluang naik ke pentas untuk berkenalan denganya, sambil dia mengajukan beberapa soalan mengnai lagu-lagu yang terkndung di dalam albumnya.

 

Soalan yang mengujakan apabila Datuk Sharifah Aini bertanyakan berapakah jumlah 'tahi lalat' yang ada di mukanya? Dengan jawapan yang betul, aku menerima hadiah CD album 'Selamanya" dan sehelai baju-T memaparkan gambar Datuk Sharifah Aini.  Sempat juga berduet sebahagian dari lagunya...



Tuesday, June 5, 1984

Artikel Tentang Sharifah Aini

Sebagai peminat Sharifah Aini, setiap program TV yang menyiarkan rakaman nyanyian Sharifah Aini, pasti aku tidak ketinggalan. Ada yang memuaskan dan ada juga yang tidak.  Salah satu dari program TV tersebut telah aku komen di akhbar The Star tentang penyiaran persembahan "Puspawarna" pada 28 April 1984. 

Aku bukan nak tunjuk pandai, tapi sekdar meluahkan apa yang tidak puas di hati aku saja. Artikel aku di siarkan di bawah tajuk "That's no way to present a Superstar" dalam akhbar The Star bertarikh 5 Jun, 1984.

Pantun Hari Jadi: Seti Zaleha