Showing posts with label Lelahiro. Show all posts
Showing posts with label Lelahiro. Show all posts

Wednesday, September 12, 2007

Antologi Haiku 2006

Sebuah antologi bertajuk "Antologi Haiku 2006" telah diterbitkan bersama dua orang lagi penulis, sdr Lelahiro dari Okinawa, Jepun, dan sdr Dipinggiran dari Putrajaya, Malaysia. Antologi ini diterbitkan pada 12 September 2007 sempena lahir ulangtahun kelahiran. Terdapat 150 buah karya Haiku dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan juga bahasa Jepun.  Ada juga karya yang diterjemahkan.

Petikan Haiku Pilihan:

 
dibaling batu
kenang Maulidur Rasul
taburan Islam

(sdr Lelahiro)


lailatulqadar
khalwat mencari waktu
tujuh anggota

(sdr TabirAlam)

di pinggir tasik
sekuntum mawar merah
mula dan akhir

(sdr Dipinggiran)

Penerbitan buku "Antologi Haiku 2006" ini tercetus dari pertandingan menulis Haiku di lamanweb eSastera yang bermula pada tahun 2005.  Karya haiku terbaik dikumpulkan dan dimuatkan dalam antologi ini.  Antologi ini terdapat pertama kalinya di kedai buku S. S. Mubaruk & Bros. Sdn. Bhd. di Ipoh, dan terdapat juga di outlet lain seperti yang disiarkan dilamanweb antologi ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah melayari lamanweb ini.

Monday, November 20, 2006

Pertemuan Tiga Penjuru - Lelahiro




20 November 2006 - Pertemuan Tiga Penjuru bagi meraikan sdr Lelahiro dari Okinawa telah diadakan di Village View Restaurant, Kajang, Selangor. Kami dari peminat haiku menghadirkan diri untuk majlis jamuan makan malam disertai sdr MBA, sdr Zainal, sdr EP (izwansah) dan isteri, sdr Darma Mohamad, sdr Teratai, sdr Erisya, sdr Dipinggiran  dan TabirAlam. Kami menjamu selera hidangan a-la Thai dalam suasana a-la Jepun.

Selepas malam itu, kami menghasilkan haiku dengan mengaitkan 'siakap kukus' yang menjadi hidangan utama dan lahirlah haiku ini:


siakap kukus
hujan hadir mengundang
tiga penjuru

 

'tiga penjuru'? kenapa tiga? Tujuan asal berkumpul di Putrajaya. Cuaca tidak selesa, hujan bakal turun. Kami bertolak ke 'Village View Restaurant' di Kajang. Kami tercari-cari arah dalam hujan lebat. Kami terpaksa turun di dapur mengelakkan hujan lebat. Sdr EP beriya-iya menjemput kami makan di tempat 'favorite'nya. Terhidang siakap kukus, kailan belacan, udang sweet sour, sayur rampai dan beberapa lagi.

Pantun Hari Jadi: Seti Zaleha