tag:blogger.com,1999:blog-3281397708235410259.post3511169876399216448..comments2024-02-21T10:16:33.477-08:00Comments on Watikah Manjapada: Meladen Ladin Yang TumpulTabirAlamhttp://www.blogger.com/profile/14483515271436836056noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3281397708235410259.post-87742783583976211442015-08-27T18:56:55.312-07:002015-08-27T18:56:55.312-07:00Assalamualaikum.
Saya akui sudah lama kenal beliau...Assalamualaikum.<br />Saya akui sudah lama kenal beliau, tapi secara jujurnya saya turut terluka dengan label yang diberikan. Bagi saya, dunia penulisan kreatif ini luas. Setiap orang punya potensi yang perlu digilap. Saya menceburi dan mengasah bakat dalam semua genre penulisan kerana kecintaan saya kepada bahasa, sama ada sajak, pantun, haiku, puisi bahasa Inggeris, cerpen, novel, artikel mahupun penulisan akademik. Sebahagian karya saya juga ada saya paparkan di facebook. Itu adalah kecintaan, passion saya. Tiada salahnya jika saya memiliki lebih daripada satu bakat dan kemahiran. Saya puas apabila puisi saya tersiar di Dewan Sastera, cerpen saya tersiar di majalah, puisi bahasa Inggeris saya turut diiktiraf apabila memenangi hadiah utama. Jadi, saya tidak faham, mengapa kita harus statik dalam satu 'dunia' saja? Bukankah bakat serba boleh dalam pelbagai bidang itu merupakan satu kelebihan? Yang lebih utama, pada saya ialah Kemahiran Berbahasa. Sebaik kita mampu menguasainya, maka kita mampu ke mana-mana cabang seni sekalipun. Insya Allah. <br />Lebih baik kita berhenti melabel orang dan fokus kepada kerja kita. Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/08247926046275968152noreply@blogger.com