Thursday, January 29, 2026
Tuesday, January 27, 2026
Pantun: Hati
Pantun di atas berbalasan dengan penulis Salmah Amir, dari Kulai, Johor...
Salmah Amir:
Telah pun mati ketam di darat,
dibelah saja tatkala mahu;
walaupun hati hitam berkarat,
Allah sahaja Yang Maha Tahu.
dibelah saja tatkala mahu;
walaupun hati hitam berkarat,
Allah sahaja Yang Maha Tahu.
TabirAlam:
Dibelah saja tatkala mahu,
lada serupa jadam di nyiru;
Allah sahaja Yang Maha Tahu,
pada siapa dendam seteru.
lada serupa jadam di nyiru;
Allah sahaja Yang Maha Tahu,
pada siapa dendam seteru.
Salmah Amir:
Rendaman biru santau azimat,
termakan raja resah sekali;
dendam seteru atau kesumat,
biarkan saja usah peduli.
termakan raja resah sekali;
dendam seteru atau kesumat,
biarkan saja usah peduli.
TabirAlam:
Rendaman biru ketap gelumat,
denganlah dupa sedia gema:
dendam seteru tetap kesumat,
janganlah lupa catatan Atid.
denganlah dupa sedia gema:
dendam seteru tetap kesumat,
janganlah lupa catatan Atid.
Salah Amir:
Fatan meratib kanan adilah,
tersapa kuat sedia gema:
catatan Atid simpanan Allah,
siapa buat dia terima.
tersapa kuat sedia gema:
catatan Atid simpanan Allah,
siapa buat dia terima.
TabirAlam:
Kelapa buat sedia cuma,
pati dibasuh gelegak naik:
siapa buat dia terima,
hati bermusuh berlagak baik.
pati dibasuh gelegak naik:
siapa buat dia terima,
hati bermusuh berlagak baik.
Salmah Amir:
Namamu masih abadi ikhlas,
bersantun akil bersemi bahan:
terima kasih sudi membalas,
pantun kunukil demi latihan.
bersantun akil bersemi bahan:
terima kasih sudi membalas,
pantun kunukil demi latihan.
Iya ke?
Puisi Haibun: Darurat
Sejumlah 15 buah negeri di Amerika Sharikat dilanda ribut musim sejuk. dan Washington mengisytiharkan darurat akibat musim ribut terbesar dalam tempoh sedekad.
Salji tebal menjejaskan beberapa bandaraya utama dengan melarang penduduk mengguna jalan raya utama. Gangguan bekalan elektrik juga telah menjejaskan perkhidmatan keselamatan semasa musibah melanda.
Kesejuka menyebabkan isikel bergantungan di ranting-ranting pokok yang membebankan sehingga dahan dan batang pokok meletup terpatah akibat beban air yang ditanggung.
jejarum ais -
belantara Tennessee
patah gedebak
Sunday, January 25, 2026
Saturday, January 24, 2026
Friday, January 23, 2026
Thursday, January 22, 2026
Wednesday, January 21, 2026
Monday, January 19, 2026
Saturday, January 17, 2026
Pantun: Bayu Pagi
Pantun ini khusus ditujukan kepada rakan penulis Akademi SPTA, sdr Bayu Pagi yang sering kali mengarang pantun tentang burung. Pantun karangannya punyai maksud terselindung dan agak nakal. Kepada para pembaca yang menikmati pantun ini perlulah bersikap rasional dan tidak terlalu biru pemikirannya. Ini kerana anda perlu memahami tatabahasa binaan ayat dalam bait pantun ini yang memberi perbezaan yang ketara dari segi bahasa berpandukan gambar di paparan.
Wednesday, January 14, 2026
Friday, January 9, 2026
Ipoh White Coffee & PTIC
Pagi ini sarapan pagi dekat Ipoh White Coffee Restaurant bersama isteri, anak perempuan Nurul Fithri, anak-anaknya Aisya Sofea dan Amy. Pekena tomyam mihun, boleh tahan juga rasanya.
Sebelum itu sementara menunggu restoran Ipoh Whit Coffee bukan, aku sempat meninjau tempat aku pernah bertugas dahulu di Perak Tourist Information Centre, Majlis Bandaraya Ipoh. Malangnya, pejabat itu tutup hari ini, jadi aku sempat bernostalgia sebentar di hadapan pejabat tersebut.
Wednesday, January 7, 2026
Thursday, January 1, 2026
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang m...
-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...





















