Pantun di atas berbalasan dengan penulis Salmah Amir, dari Kulai, Johor...
Salmah Amir:
Telah pun mati ketam di darat,
dibelah saja tatkala mahu;
walaupun hati hitam berkarat,
Allah sahaja Yang Maha Tahu.
dibelah saja tatkala mahu;
walaupun hati hitam berkarat,
Allah sahaja Yang Maha Tahu.
TabirAlam:
Dibelah saja tatkala mahu,
lada serupa jadam di nyiru;
Allah sahaja Yang Maha Tahu,
pada siapa dendam seteru.
lada serupa jadam di nyiru;
Allah sahaja Yang Maha Tahu,
pada siapa dendam seteru.
Salmah Amir:
Rendaman biru santau azimat,
termakan raja resah sekali;
dendam seteru atau kesumat,
biarkan saja usah peduli.
termakan raja resah sekali;
dendam seteru atau kesumat,
biarkan saja usah peduli.
TabirAlam:
Rendaman biru ketap gelumat,
denganlah dupa sedia gema:
dendam seteru tetap kesumat,
janganlah lupa catatan Atid.
denganlah dupa sedia gema:
dendam seteru tetap kesumat,
janganlah lupa catatan Atid.
Salah Amir:
Fatan meratib kanan adilah,
tersapa kuat sedia gema:
catatan Atid simpanan Allah,
siapa buat dia terima.
tersapa kuat sedia gema:
catatan Atid simpanan Allah,
siapa buat dia terima.
TabirAlam:
Kelapa buat sedia cuma,
pati dibasuh gelegak naik:
siapa buat dia terima,
hati bermusuh berlagak baik.
pati dibasuh gelegak naik:
siapa buat dia terima,
hati bermusuh berlagak baik.
Salmah Amir:
Namamu masih abadi ikhlas,
bersantun akil bersemi bahan:
terima kasih sudi membalas,
pantun kunukil demi latihan.
bersantun akil bersemi bahan:
terima kasih sudi membalas,
pantun kunukil demi latihan.
Iya ke?

No comments:
Post a Comment