Saturday, August 23, 2014
Konvokesyen Ke 16 OUM
Konvokesyen ke 16 Open University Malaysia (OUM) telah disempurnakan di Dewan Merdeka Putra World Trade Centre (PWTC) di Kuala Lumpur pada Sabtu 23 Ogos 2014. Aku ditemani isteri, emak dan dua orang anak perempuan, Nurul Faizah dan Nurul Fithri.
Aku menamatkankan pengajian dalam 'Bachelor Of Psychology with Honors' (BPSY) setelah hampir lima tahun Pengajian Jarak Jauh bermula dari tahun 2009. Kuliah diadakan di Pusat Pembelajaran Perak OUM, sama ada di Lorong Greenhill atau Jalan Lim Bo Seng. Syukur kerana 'Project Paper' dapat diselesaikan.
Tuntutlah ilmu hingga ke akhir hayat... Terima kasih mak kerana melahirkan aku kedunia ini.
Cenderahati sebagai kenang-kenangan...
Friday, August 1, 2014
Haiku 'Asmaradana' Dalam Dewan Sastera 8/2014
Buat pertama kalinya karya haiku yang kuhantar berjaya menembusi majalah Dewan Sastera bagi edisi bulan Ogos 2014. Haiku 'Asmaradana' diilhamkan dari kisah percintaan mengandungi lima rangkap haiku berasingan. Aku memberanikan diri mencuba setelah Dewan Sastera membuat 'review' karya haiku penulis Leyla Syuri dari Jepun sebelum ini.
Aku menempuhi soal selidik dari pihak editor Dewan Sastera sendiri bagi memastikan aku benar-benar berpengalam dalam penulisan haiku. Alhamdulillah, akhirnya haiku aku diterima.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Konsert Puisi Ipoh
Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun ...

-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...
-
Sekian lama aku hanya mengetahui tentang hubungan aku sebagai cucu kepada Datuk Shahbandar Hulu, Kuala Kangsar, namun aku belum berpeluan...
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang mem...