Saturday, December 31, 2011
Penulis Perak: TabirAlam
Aku menyertai senarai penulis yang dikelolakan oleh Tn. Haji Zabidin Haji Ismail di blog Penulis Perak. Blog ini khusus mengumpul penulis-penulis kelahiran Perak sahaja. Terdapat banyak nama-nama hebat dari kalangan penulis yang tersenarai. Aku baru mula berjinak-jinak, belum lagi menjadi ahli kepada Persatuan Karyawan Perak. Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah lawati pautan artikel ini di blog Penulis Perak, sila klik di sini.
Wednesday, December 21, 2011
"Jasamu Dikenang" MBI
Satu majlis "Jasamu Dikenang" bagi meraikan pesara-pesara dari majlis Bandaraya Ipoh telah diadakan di Dewan Bandaran Ipoh pada 21 Disember 2011. Majlis telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Haji Abdul Rahim bin Mat Ariff. Jamuan makan tengahari itu meraikan seramai 69 orang pesara bagi tahun 2011, lapan orang pesara pilihan, dan menghormati 11 orang pesara yang telah meninggal dunia bagi tahun tersebut.
Aku tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, dan aku diwakili oleh isteri dan anak perempuan, Nurul Fithri di majlis penyampaian Sijil Penghargaan pada hari tersebut.
Aku tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, dan aku diwakili oleh isteri dan anak perempuan, Nurul Fithri di majlis penyampaian Sijil Penghargaan pada hari tersebut.
Labels:
Abbe,
MBI,
Nurul Fithri,
Pesara
Sunday, May 29, 2011
Seloka Kerja Kahwin 2011
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Mengarang Seloka sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada Ahad 29 Mei 2011. Pertandingan ini telah diwar-warkan melalui rancangan radio Klasik Nasional terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Aku menghantar penyertaan "Seloka Kraftangan dan Perkhwinan" dan telah mendapat hadiah saguhati.
Seloka Kraftangan dan Perkahwinan
Jangan dihampar tikar bergulung
melangkah bendul anak yang sulung
melangkah bendul anak yang sulung
Bungalah telur dibuat banyak
isteri subur beranak-pinak
Bujam dikepit mengunyah jajan
kenduri kahwin disimbah hujan
Jangan bernyanyi bertanak lauk
nanti bernikah suami nyanyuk
Bersenduk rasa gulai di api
mertua tengok menjadi benci
Jangan berkemban separuh dada
suami pengsan cepat menjanda
Batik selepang di atas bahu
cantik dipandang sayang selalu
Di sanggul tonset berpacak ketar
suami buncit banyak bersabar
Jangan bercakap bak mulut murai
gaduh kelambu jangan bercerai
Merebus telur retak di bucu
biarlah makmur ke anak cucu
(Klasik Nasional)
Labels:
Kraftangan,
Seloka,
TabirAlam
Subscribe to:
Posts (Atom)