Sunday, August 31, 2008
Artikel TPO News Letter 2008
Artikel bertajuk tersiar dalam buletin Tourism Promotion Organization for Asia-Pacific Cities, TPO News Letter Issue 44 pada 31 Ogos 2008 bertajuk "Ipoh City Welcomes Representatives from Fukuoka City" di bawah kolum 'Member & Industry News'. Laporan itu disediakan semasa aku memgang jawatan korespondens bandaraya Ipoh dengan TPO di Busan, Korea.
Ipoh
Busan, South Korea
Saturday, August 30, 2008
Bengkel Pengucapan Puisi Kemerdekaan 2008
"Bengkel Pengucapan Puisi" sempena
Bulan Kemerdekaan Ogos 2008 anjuran Persatuan Penulis dan Peminat Sastera
Bandaraya Ipoh (PINTAR), dengan kerjasama Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak telah diadakan di Taman Budaya, Ipoh pada 30
Ogos 2008 (Sabtu). Bengkel 1
menampilkan penceramah sdr Abdullah Sani Yahaya (Lahsani) dengan topik
'Pengucapan Puisi Moden (Sajak)' dan diikuti oleh ceramah oleh sdr Bob dari
Utara juga.
Sebelah petangnya majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Cek Nu Alina, pemenang Anugerah Deklamator Bumiputera Terbaik dalam Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2008 Peringkat kebangsaan yang telah berlansung pada 22 Ogos 2008 di Auditorium DBKL. Beliau telah mendeklamasikan 'Ladang Merdeka' petikan karya nukilan penyajak Nasir Ali dari sebuah antologi 'Jamung Merdeka'. Aku membawa bersama keratan sajak 'Meraut Kasih' tersiar dalam majalah Keluarga Harmoni edisi bulan Julai 2008. Beliau mendeklamasikan sajak tersebut dengan bersahaja.

Friday, August 15, 2008
Lawatan Ke Piyamit Tunnel, Betong, Thailand
Sempena "Betong Walking Street Festival 2008" aku bersama kumpulan D'Bougainvillea turut menyertai program tersebut di bandar sempadan, Betong, dalam daerah Yala, Thailand mulai 15 Ogos hingga 17 Ogos 2008. Kami menginap di Garden View Hotel, Betong.
Sementara berada di sana kami dibawa melawat 'Piyanit Tunnel' tempat peninggalan komunis Malaya sepanjang 1km di bawah tanah. Kehidupan perselindungan mereka seumpama sarang semut yang berbelok-belok dan ruang-ruang kecil untuk tidur dan berbincang. Ada sejarah perubahan bendera komunis dari tahu 1941 hingga 1983.
Acara tersebut juga melansungkan perasmian "Arena Stadium" oleh Datuk Bandar Bangkok. Stadium tersebut ialah tempat berlansungnya persembahan kebudayaan pada acara malam itu. Keesokkannya kami sempat melawat "Galeri Budaya Betong' yang mempamerkan berbagai peralatan tradisional dari negara-negara ASEAN.
Sementara berada di sana kami dibawa melawat 'Piyanit Tunnel' tempat peninggalan komunis Malaya sepanjang 1km di bawah tanah. Kehidupan perselindungan mereka seumpama sarang semut yang berbelok-belok dan ruang-ruang kecil untuk tidur dan berbincang. Ada sejarah perubahan bendera komunis dari tahu 1941 hingga 1983.
Subscribe to:
Posts (Atom)