Monday, November 24, 2025

Belasungkawa: Abdul Azehar Musa

 

Abdul Azehar Musa, adik tiriku yang paling akrab denganku telah dijemput Allah SWT kembali ke rahmatullah pada Selasa, 25 November 2025 akibat serangan sakit jantung. Khabar itu amat mengejutkan aku, kerana dialah satu-satunya adikku yang minta sampaikan salamnya kepada Rasulullah semasa aku menunaikan umrah pada akhir tahun, November 2023.

Aku sering bertanyakan khabarnya melalu adik tiriku, Razak, abang kepada allahyarham Azehar, namun panggilan telefon dari Razak pagi itu membuatku amat sedih dengan pemergian adikku. Abang doakan semoga roh Ha ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, insya-Allah. 

Al-Fatihah.

 

Ipoh White Coffee & PTIC

  Pagi ini sarapan pagi dekat Ipoh White Coffee Restaurant bersama isteri, anak perempuan Nurul Fithri, anak-anaknya Aisya Sofea dan Amy. P...