Tuesday, October 8, 2024

Umrah di Arab Saudi


Tiba di Lapangan Terbang Kin Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi pada 7.00 malam waktu tempatan, menginap di Hotel Swiss International, Taif. Penerbangan Malaysian Airlines MH156 memakan masa hampir enam jam.   

 
Subhanall walhamdulillah wa laillaha ilallah wa allahu akbar. Pertama kali aku menatap kaabah di masjidilharam Mekah. Kesayuan di hati tidak dapat kutahan atas kebesaran-Nya.   


Lawatan ke Padang Arafah dan Jabbal Rahmah pada 9 Rabiulakhir 1446 Hijrah yang terletak sekitar 20 kilometer dari kota suci Mekah. Bukit ini dikenali juga sebagai tempat bertemunya Nabi Adam a.s dan Siti Hawa r.a setelah diturunkan dari syurga.  
 



KLIA Pelepasan


Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sementara menunggu taklimat daripada pihak Tabung Haji Travel. 


Malaysian Airlines MH 156 dari ruang jendela.  


 

Video Lawatan: Umrah, Arab Saudi


Syukur alhamdulillah aku bersama isteri dijemput oleh Allah SWT ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 8 hingga 20 Oktober 2024. Berkesempatan menziarah kota Jeddah, Thaif, Madinah, dan masjidilharam di Mekah melalui khidmat pelancongan Tabung Haji Pulau Pinang. .  


Thursday, August 29, 2024

Pameran Piring Hitam UM

 
(Bergambar dengan Tn. Mohamad Anis)

Aku sempat melawat "Pameran Piring Hitam 78rpm Lagu-Lagu Melayu Klasik bertempat di Muzium Etnografi, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada Khamis, 15 Ogos 2024.  Lawatan kami sekeluarga bersama isteri, dan keluarga anak perempuan, Nurul Faizah. 

Kebetula ketika itu aku sedang mengumpul malumat tentang penyanyi veteran tanah air Nona Asiah. Banyak juga bahan yang aku perolehi semasa melawati pameran tersebut. Aku dibantu oleh Tn. Mohamad Anis Abdul Samad selaku Kurator Muzium Etnografi Melayu di situ. 

 
(Buku dari Pameran Piring Hitam 78rpm)



 

Wednesday, May 15, 2024

 

 

Dengan izin Allah SWT, semalam terserempak dengan Zaiti Et, rakan seperjuangan bersama Kumpulan Selendang Perak yang sekian lama tidak berjumpa, mungkin lebih tiga puluh tahun yang lalu selepas lawatan KSP ke Medan, Indonesia.

Selepas mengambil pesanan "nasi ayam" di Chicken Rice Shop, Ipoh Parade, nasib baik Zaiti yang tegur, kalau tak, mungkin berselisih bahu pun tak perasan.


Saturday, April 20, 2024

Pertemuan: Paridah Ishak

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dapat berjumpa dengan penulis prolifik, Paridah Ishak di rumahnya di Desa Melor, Serendah, Selangor. Pertemuan yang tidak dijangka dalam perjalanan pulang dari Klang balik ke Ipoh terpandang akan papantanda lebuhraya menunjukkan arah ke Serendah.
Aku pun terus membuat keputusan untuk menjengah seorang penulis yang telah aku hafal alamat rumahnya. Dalam pertemuan singkat itu, aku rasa terlepas segala hutang untuk berjumpa dengan Paridah Ishak dari sekian lama ini.
Terima kasih atas layanan yang diberikan oleh anak perempuannya serta menantu. Lima belas minit bersama Paridah Ishak cukup meninggalkan kesan di dalam hati. Semoga berjumpa lagi; haza min fadhli Rabbi ...
Terima kasih Abi Fathullah Abdullah

Sunday, February 25, 2024

Jalan-Jalan Cari Makan: Subway


Dalam perjalanan pulang ke Ipoh dari Kedah, sempat singgah di Amanjaya Maal, Sungai Petani bersama keluarga anak perempuan, Faizah sambil shhopping sebelum nak raya. Jalan-jalan cari makan di Subway.  

Friday, January 12, 2024

Waka: Haiga/Haiku