skip to main |
skip to sidebar
Kenduri
kesyukuran sempena badal haji tahun 1434 Hijriah yang lalu, buat arwah
ayahanda (Haji) Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid di rumah Emak di Taman Pengkalan
Jaya, Ipoh. Ini sajalah yang termampu aku hadiahkan buat ayah yang aku cuma pernah jumpa sekali dalam hidupku di Kampung Bunga Raya, Pontian, Johor sebelum ayah kembalike rahmatullah.
Kenduri diadakan pada 27 Disember 2012, bersamaan 13 Safar 1434. Jemaah pelajar tahfiz dari Surau Pinji Perdana diraikan bersama ahli keluarga terdekat. Juadah kenduri kami masak sendiri. Adinda Abdul Razak menyempurnakan bacaan doa sebelum majlis dimulakan, terima kasih. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan
lancar.