Thursday, December 27, 2012
Thursday, February 2, 2012
Lomba Puisi PBKS 2012
Pernyertaan sajak "Menyusur Ranting Kehidupan" terpilih di tempat ketiga dalam 'Lomba Puisi Bergambar' anjuran Puisikan Bait Kata Suara (PBKS) bagi tahun 2012. Aku memilih gambar di atas sebagai hamparan kanvas puisiku. Komuniti sastera ini aktif secara 'online' yang diikuti oleh karyawan dari beberapa negara serantau seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan beberapa negara lain.
Menyusur Ranting Kehidupan
luluh hati tersentuh
lebur lagi ratap dirinya
lebur lagi ratap dirinya
redah dugaan Illahi di awal usia
piatu dari bencana Pencipta
rayaunya menyambung nyawa
agar mampu menghela nafas
kendati...
dengan sebutir nasi ciciran
atau sisa berbaki di jalanan
tiada enak pada jelira
tiada ranai pada tangis
tiada syahdu pada telinga
tiada indah pada tubuh
tiada erti pada makmur
tiada hala pada esok
cukup sekadar
menyambung suap ke mulut
dari celik mata ke lena tidur
menyimpan cuma sekumit mimpi
esok kan mampu melata
menyusur ranting kehidupan
~PBKS~
2 Februari 2012
2 Februari 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Konsert Puisi Ipoh
Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun ...

-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...
-
Sekian lama aku hanya mengetahui tentang hubungan aku sebagai cucu kepada Datuk Shahbandar Hulu, Kuala Kangsar, namun aku belum berpeluan...
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang mem...