An-nyong ha se yo...
Terima lawatan dari rakan korespondens, Mr. Gunbo Song dari Incheon, Korea bersama seorang jurugambar Mr. Park, mewakili syarikat penerbitan Korea AB-road. Mereka disni membuat liputan rencana khas tentang bandaraya Ipoh untuk bandaraya Ipoh dalam majalah Tourism Scope edisi istimewa ke 10. Kami akan menyediakan laporan khas tentang Ipoh dari segi produk pelancongan dan tempat-tempat menarik di sekitar banraya Ipoh, mahupun bandar sekitarnya. Artikel ini istimewa fokus kepada bandaraya Ipoh (Malaysia), Yokohama (Jepun), dan Iksan (korea).
Liputan hari pertama melibatkan Pekan Lama Ipoh, PTIC, Stesyen Keretapi, Pokok Ipoh, Jam Besar dan Kam Batik di Chemor. Kemudian ke Jaya Jusco, Gunung Lang, Muzium Darul Ridzuan dan kedai asal "White Coffee" di pekan lama. Malamnya 'dinner reception' di Hotel Syuen, Ipoh. Hari kedua meraikan majlis persandingan masyarakat Melayu di Jalan Hospital, Gua Tempurung dan International Motor Cross 2008 berhampiran di Gopeng. Hari ketiga ke Memory Lane, Lost World of Tambun, Gua Tambun, Kellie's Castle dan makan tengahari di Restoran Laksamana Cheng Ho di Greentown. Malamny hantar mereka ke KLIA untuk pulang ke Korea.
Thursday, May 8, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
Konsert Puisi Ipoh
Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun ...

-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...
-
Sekian lama aku hanya mengetahui tentang hubungan aku sebagai cucu kepada Datuk Shahbandar Hulu, Kuala Kangsar, namun aku belum berpeluan...
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang mem...