Sunday, August 5, 2007
Bengkel Penulisan Budaya & Warisan
Aku menghadiri Bengkel Penulisan Budaya dan Warisan anjuran Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (PINTAR) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Perak (KEKWA, Perak). Acara berlansung di Hotel Seri Malaysia Ipoh dari jam 8.00 pagi hingga ke majlis penutup pada jam 4.30 petang.
Kertas Kerja I dibentang oleh Tuan Haji Mohd Sufian bin Afandi - Munsyi Dewan, dengan tajuk "Pemantapan Bahasa Melayu Dalam Penulisan". Ceramahnya mengupas senario penggunaan bahasa melayu dalam bidang penulisan
Kertas Kerja II dibentang oleh sdra Ani Awang, editor dari akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk "Penulisan Seni Budaya dan Warisan Dalam Media Massa" - sangat menarik!
Kertas Kerja III pula dibentang oleh sdr Amsuring Meli, Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak dengan tajuk "Kaedah dan Tatacara Penyelidikan Budaya dan Warisan".
Subscribe to:
Posts (Atom)
Konsert Puisi Ipoh
Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun ...

-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...
-
Sekian lama aku hanya mengetahui tentang hubungan aku sebagai cucu kepada Datuk Shahbandar Hulu, Kuala Kangsar, namun aku belum berpeluan...
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang mem...