Thursday, April 2, 1981
Belasungkawa Arwah Nenda Rokiah
Rokiah binti Kulop Zainal adalah Opahku, ibu kepada emak kandungku, Bedah bt. Lan. Arwah Opah telah kembali ke rahmatullah pada 2 April 1981 bersamaan 27 Jamadil Awwal 1401 Hijriah di rumah emak di Taman Pengkalan Jaya, Pasir Puteh. Aku tiada disisinya semasa Opah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku kehilangan.
Saban tahun, aku bersama emak akan menziarahi kubur Opah berhampiran Kampung Seri Jaya di Batu Gajah. Pemergiannya sangat meniggalkan kesan kerana aku begitu akrab dengan Opah dari ahli keluarga lain. Setiap subuh Aidilfithri aku pasti akan bercucuran airmata mengenangkan Opah yang tersayang. Hanya doa dan al-Fatihah buat Nenda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Konsert Puisi Ipoh
Konsert Puisi Ipoh adalah salah satu di antara 15 buah konsert Jelajah Puisi Perak yang akan dianjurkan oleh Karyawan Pk sepanjang tahun ...

-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...
-
Sekian lama aku hanya mengetahui tentang hubungan aku sebagai cucu kepada Datuk Shahbandar Hulu, Kuala Kangsar, namun aku belum berpeluan...
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang mem...