Aku menyambut hari ulangtahun kelahiran ke 18 tahun sehari sebelum tarikh sebenar pada 12 September. Parti hari jadi diadakan di rumah emak di rumah no. 25, Jalan Tampoi, Sungai Rokam , Ipoh. Cuma rakan-rakan dari sekolah dan asrama Anderson yang ramai hadir.
Selepas acara, sekeping gambar ini menjadi kenangan diambil bersama rakan-rakan. Dari kiri, Rashid (nama panggilan - Kayu), Onie - suka menyanyi lagu 'A Place in the Sun', sebelah tu tak ingat nama (bukan student), aku, kemudian Junia (nama sebenar Syed Neguib), dan seorang lagi rakan sekampung (terlupa nama).
