Tuesday, October 31, 2023

Emak Kembali Ke Rahmatullah

 

Tepat jam 2.37 petang tadi, emak 89 tahun, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku reda dengan kepulangan emak ke pangkuan Ilahi. Semoga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sering kali emak datang menghampiri aku semasa aku mengendalikan grup Graha Karya di komputer, dan arwah emak akan mencium kepalaku sambil aku buat kerja. Kini tiada lagi ciuman emak. 
Al-Fatihah. 


 

Sudut Karyawan

  Selesai menghadiri Majlis Pelancaran Sudut Karyawan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).