Sejenak di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands.
Tuesday, March 25, 2014
Saturday, March 22, 2014
Datuk Ramli Sarip - Blues Buat Teman
Konsert Datuk Ramli Sarip - "Blues Buat Teman" Tour 2014 mengadakan 'roadshow' ke lima di Ipoh bertempat di Ballroom Kinta Riverfront Hotel. Dianjurkan oleh 'People Of Remarkable Talen' (P.O.R.T.) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak bersama Pelancong Perak.
Aku hanya gemar beberapa lagu dari nyanyian Datuk Ramli Sarip yang tidak terlalu 'heavy' tapi menyegarkan. Antara lagu yang disampaikan dalam tempuh dua jam persembahan itu, Kamalia, Teratai, Doa Buat Kekasih yang mendapat respons hangat dari penonton. Suaranya masih mampu mengekalkan 'serak basah' yang menggetarkan.
Friday, March 21, 2014
Anugerah Puisi Dunia Numera 2014
Kredit foto: Abrar Khairul Ikhirma
Majlis Anugerah Puisi Dunia Numera 2014 telah berlansung pada 21 Mac 2014 bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Juga di keesokan harinya acara Baca Puisi Dunia Numera 2014. 'Numera' adalah singkatan kepada 'Nusantara Melayu Raya'.
5 Puisi Pemenang Hadiah Utama:
1. Risalah Melayu - Rosmiaty Shaari
2. Nun Serumpun - Muhammad Rois Rinaldi
3. Isyiq II - Basri Abdillah
4. Mencari Arah Tanah - Syarifuddin Ariffin
5. Bisik Batik - Mohamad Syafiq Mahamad Said
10 Puisi Pemenang Hadiah Penghargaan:
1. Hang; Kekal di Selat Melaka - Abrar Khairil Ikhirma
2. Ziarah Kata - Bambang Widiatmoko
3. Pertarungan Kedua - Djazlam Zainal
4. Merayap Dalam - Syarifuddin Ariffin
5. Daun - Zaimi Azlan Ibrahim
6. Selendang Semesta - A'yat Khalili
7. Musyahadah - Basri Abdillah
8. Supranasional: Titik Tolak - TabirAlam
9. Suluh Ke Semenanjung - Akhmad Taufiq
10. Mihrab Cinta - Zaimi Azlan Ibrahim
Thursday, March 20, 2014
Tabloid Ruang Rekonstruksi, Cilegon, Banten. Indonesia
Empat buah karyaku temuat dalam makalah 'Tabloid Ruang Rekonstruksi' yang diterbitkan di Cilegon, Banten, Indonesia di bawah kelolaan seorang sasterawan muda prolifik, saudara Muhammad Rois Rinaldi. Beliau juga merupakan Pengurus kepada Dewan Kesenian Cilegon.
Karya puisi yang dimuatkan; sajak (i) Menyusun Rindu, haiku (ii) Indonesia, sajak (iii) Andai Itu Nagasasra Sabukinten, dan sajak (iv) Batik: Grinsing Kediri.
Muhammad Rois Rinaldi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sudut Karyawan
Selesai menghadiri Majlis Pelancaran Sudut Karyawan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).

-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang mem...
-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...
-
Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka ...