Some of my close friends; Abdul Aziz, Abdul Rashid, Apputhusamy, G. Deo, Ganeson, Hashim, Jamaluddin, Johari Idrus, Ng Kok Cheong, Rozni Hashim...
Friday, December 31, 1971
Monday, December 20, 1971
'Hitch-Hiking' Ke Johor Baharu
'Hitch hike' bermaksud berjalan sambil menumpang
kenderaan yang lalu dari satu tempat ke satu tempat tujuannya, dan penumpang (hiker)
akan meneruskan perjalannannya dengan menumpang kenderaan seterusnya. Ini satu
'kegiatan' yang fenomenanya menyelusuri hingga ke Malaysia. Aku teringat akan
sebuah lagu yang bertajuk - 'The Sweet Hitch Hiker'...
Masa cuti sekolah bermula, aku bersedia dengan sebuah haversack penuh t-shirt dan sebuah peta jalan. Haversack askar aku dapati dari seorang rakan, sering aku guna di cuti-cuti lain. Selalunya aku hitch-hike berdua saja dengan rakan sekolah, Junia - nama sebenarnya Syed Neguib al-Hubshee, rakan karib semasa zaman persekolahan. Destinasi percubaan, kami hitchiking ke Taiping. Ketika itu belum timbul sebarang masalah. Sepanjang jalan kami memberi tanda ibu jari menghala ke jalan yang di tuju. Tak kira apa jenis kenderaan mahu pun pemandunya. Dari Volkswagon hinggalah SAAB dan Mercedez Benz. Dimasa ketiadaan tumpangan, kami berjalan berbatu-batu tapi ehsan dari orang ramai kami sering dijemput kerumah mereka untuk berbual sambil makan minum. Malamnya kami tidur di mesjid atau rumah kawan yang dikenali.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sudut Karyawan
Selesai menghadiri Majlis Pelancaran Sudut Karyawan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).

-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang mem...
-
A ntara enam buah pantun bertemakan 'Ulam Untuk Kesihatan' hanya sebuah sahaja pantun yang terpilih - Pantun Ulam Raja, ...
-
Pertama kalinya aku menerbitkan sebuah e-book berjudul "Antologi Haiku@Facebook" melalui laman sosial Facebook di bawah muka ...