Friday, July 17, 2020

Pawagam Pandu-Masuk


Pawagam terbuka Casuarina Sini-Drive merupakan pawagam pandu-masuk pertama di Malaysia terletak di Casuarina @ Meru, Meru Raya, dibuka pada Jumaat, 17 Julai 2020 semasa pandemik coronavirus melanda negara. Inisiatif ini terbit dari Perak Corporation Berhad (PCB). 

Pawagam terbuka ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Faizal Azumu bagi memberi peluang kepada keluarga penduduk setempat untuk bersiar dan menonton wayang dengan selamat dari dalam kereta. Namun, ianya tidak bertahan lama dan berhenti operasi selepas beberapa bulan.  

Tuesday, November 5, 2019

Perkahwinan: Rusmimi Musa

 
Majlis perkahwinan adik perempuan, Rusmimi Musa aka Dipinggiran bersama pasangannya, Nor Azman yang telah berlangsung di Hotel Taiping Perdana, Taiping, Perak. Majlis turut dihadiri rakan penulis; Sabariah Bahari, 


Selamat pengantin baru!
 

Friday, October 11, 2019

Global Dream Ride, IPG Kampus Ipoh

 

Sesis perkongsian pengalaman pengembaraan oleh Puan Anita Yusof, penunggang wanita pertama keliling dunia menerusi "Global Dream Ride 2016". Program anjuran Unit Perpustakaan IPG Kmpus Ipoh kelolaan En. Nazri Zainuddin. Kisah yang menginspirasikan (menulis buku tersebut).

 

Tuesday, September 24, 2019

Rumah Tua

Sebuah rumah tua berusia lebih seratus tahun milik datuk saudara sebelah emak yang menyimpan seribu kisah dan kenangan bagi enam keturunan dalam memoir seorang ibu. 

 

Saturday, August 24, 2019

Apabila Emak Tersenyum


Bersarapan pagi bersama emak, dan keluarga serta Nurul Fayyadhah di Harrod's Bakery, Mydin Shopping Mall, Meru, Ipoh. 
 

Monday, June 17, 2019

Hari Bapa 2019


Anak-nak sambut Hari bapa bersama keluagra Nurul Fithri, keluarga Nurul Farahana, dan Nurul Fayyadhah.  

Friday, February 22, 2019

Bicara Karya: PUJANGGA (TabirAlam)

 

Pembentangan Bicara Karya buku khazanah puisi TabirAlam berjudul "PUJANGGA" disampaikan oleh Puan Hjh. Norehan Muhamad dengan nama pena Nohan Norehan, seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, IPGKI bertempat di Dewan Sri Melati, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh. pada Sabtu, 23 Februari 2019.  

     Majlis Bicara Karya anjuran Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak atau Karyawan Pk. 

 

Saturday, December 8, 2018

Saturday, December 1, 2018

PENGHARGAAN: Datuk Zurinah Hassan

 

Ianya merupakan satu penghormatan buat Akademi SPTA yang sekian lama bertapak sejak tahun 2012 di laman sosial Facebook. Berikut petikan ucaptama yang disampaikan oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan. 

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan dalam ucaptama beliau memperkatakan tentang "Siri Penerbitan TabirAlam" (SPTA) semasa acara "Dialog Puncak Karyawan Asasi 2018" anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, bertempat di Pulau Tuba, Langkawi pada Jumaat, 30 November hingga Ahad, 2 Disember 2018. 

Friday, July 27, 2018

Peluncuran Buku Se-Nusantara

Sejumlah lima buah buku terbitan Siri Penerbitan TabirAlam (SPTA) selesai dilancarkan di Singapura, 27 Julai 2018 jam 10.00 pagi dalam acara "Peluncuran Buku Se-Nusantara" sempena "Ramah Tamah Penyair Serumpun V" di Temasik.   

        ASMARADANA (Pantun) 
        PANTUN SERUMPUN (Pantun) 
        ABADI (Haiga) 
        MENU - Dari Dapur Penulis (Resipi) 
        AIDILFITHRI - Sajak-Sajak Kenangan (Sajak) 
 


Sebanyak 59 buah judul buku diluncurkan, terdiri dari penulis daripada negara Malaysia, Singapura, Indonesia, Nrunei Darussalam, Thailand, dan Vietnam bertempat di The Pot, National Library of Singapore oleh mantan setiausaha parlimen, Kementerian Luar Singapura. 



Saturday, June 23, 2018

Hari Ibu Bapa


Anak perempuanku, Nurul Fithri belanja makan untuk Hari Ibu+Hari bapa=Hari Ibu-Bapa katanya. Aku bersama isteri, Nurul Fithri, Nurul Faizah, dan Nurul fayyadhah. 

Sajak: PARAH