Pawagam terbuka Casuarina Sini-Drive merupakan pawagam pandu-masuk pertama di Malaysia terletak di Casuarina @ Meru, Meru Raya, dibuka pada Jumaat, 17 Julai 2020 semasa pandemik coronavirus melanda negara. Inisiatif ini terbit dari Perak Corporation Berhad (PCB).
Pawagam terbuka ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Faizal Azumu bagi memberi peluang kepada keluarga penduduk setempat untuk bersiar dan menonton wayang dengan selamat dari dalam kereta. Namun, ianya tidak bertahan lama dan berhenti operasi selepas beberapa bulan.

No comments:
Post a Comment