Monday, November 14, 1994
Seminar Ekonomi Islam II
Mewakili Majlis Bandaraya Ipoh, aku ke Petaling Jaya menghadiri Seminar Ekonomi Islamm II yang berlansung di Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya pada Isnin 14 hingga Rabu 16 November 1994. Selaku ahli dalam Koperasi MBI, aku menggantikan En. Zaharuddin, Pengerusi Koperasi MBI. Kalangan hadirin yang lain semuanya aktif dalam berpersatuan koperasi.
Sunday, September 20, 1992
Lawatan Asia Month - Ipoh Week, Fukuoka 1992
'Ipoh Week' dianjurkan sempena 'Asia Month 1992' di bandaraya Fukuoka, Jepun bermula 20 hingga 27 September 1992. Delegasi kebudayaan dari Ipoh diwakili oleh artis budaya Majlis Bandaraya Ipoh. Perasmiannya diadakan di Fukuoka City Hall Plaza. Persembahan kebudayaan diadakan di kawasan Asean Market Site berhampiran Fukuoka City Hall.
Kumpulan kebudayaan MBI, lima orang artis budaya lelaki dan tujuh orang artis budaya perempuan turut serta dalam perarakan "Asean Night Parade" yang melingkari sekitar Fukuoka City Hall. Persemabahan tarianjuga dipersembahkan oleh peserta-peserta dari negara Asean lain. Persembahan utama dibuat berhadapan Asean Stage.
Sebelum pulang, kami dibawa melawat sekitar bandaraya Fukuoka seperti Ninja Village, Hakata Shopping Arcade, Fukuoka Tower, Fukuoka Space Center di Kitakyushu, Tenjin Temple dan lain-lain.
Saturday, September 19, 1992
Video Lawatan: Fukuoka, Jepun
Mengiringi Kumpulan Budaya MBI ke acara "Ipoh Week" yang dianjurkan sempena "Asia Month 1992" berlangsung di bandaraya Fukuoka, Jepun bermula dari 20 hingga 27 September 1992. Delegasi kebudayaan dari Ipoh diwakili oleh artis budaya Majlis Bandaraya Ipoh. Perasmian acara diadakan di Fukuoka City Hall Plaza. Manakala persemabahan kebudayaan diadakan di kawasan "Asean Market" site berhampiran Fukuoka City Hall.
Saturday, May 25, 1991
Percutian Keluarga di Genting Highlands
Percutian keluarga kali ini kami ke Genting Highlands. Cuaca agak sejuk pada masa itu. Anak-anak yang ikut bercuti; Nurul Fithri, Nurul Farahana, dan Abi Fathullah yang masih kecil lagi.
Wednesday, November 14, 1990
Lawatan ke Disneyland, Hollywood & Vegas 1990
14 November 1990 - Pertama kali aku sampai ke United States of America bersama keluarga adik perempuanku Shiela, suaminya dan anak saudara - Yashir semasa itu berusia setahun. Lawatan pertama kami ke Disneyland, Aneheim, Los Angeles. Lawatan memakan masa dua hari baru dapat meninjau ke seluruh kawasan Disneyland.
Dari Disneyland, hari-hari berikutnya kami berkunjung ke Universal Studio, Hollywood, Los Angeles. Disini pelbagai tema hiburan ketika itu King Kong theme park, Earthquake theme park, Jaws theme park yang dilawati. Pengalaman mengetahui bagaimana penggambaram Hollywood dilakukan. Lawatan
lain ke Las Vegas dimana kami menginap di Caesar's Palace. Sebelah
Caesar's Palace terdapat Aosis Casino yang berhampiran dengan The Dunes
Casino, dan di sebelah depannya Pink Flamingo Casino.
Sunday, May 25, 1986
Penghargaan Pertabalan Sultan Perak
Pada Mei 1986, semua artis budaya dari Kumpulan Selendang Perak yang terlibat dengan persembahan kebudayaan sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semasa Majlis Santapan Pertabalan di Istana Iskandariah pada 9 Disember 1985 telah dianugerahkan Surat Kepujian dari Kerajaan Negeri Perak. Majlis disempurnakan di kediaman Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ramli Ngah Talib.
Saturday, April 26, 1986
Badan Kebudayaan MBI
Badan Kebudayaan Majlis Bandaraya Ipoh (BKMBI) adalah kumpulan kebudayaan yang pertama aku kendalikan, selaku koreografer di Majlis Bandaraya Ipoh di bawah kelolaan Pn. Noraini, Jabatan Penilaian. Aku fockus mengajar tarian tradisional klasik seperti Gamelan dan Endang. Ini adalah kumpulan perintis ketika membuat persembahan di Majlis Makan Malam di Kompleks Kolam Renang MBI pada Sabtu 26 April 1986.
Dari kiri, Norlia, June A.C. Din, Sharifah, (lupa nama) dan Mahzan
Dari kiri, Norlia, June A.C. Din, Sharifah, (lupa nama) dan Mahzan
Sunday, December 29, 1985
Lawatan Kebudayaan ke Medan, Indonesia
Kumpulan Kesenian Perak di bawah naungan Y.A.B Dato' Seri Ramlie Ngah Talib, Menteri Besar Perak dalam lawatan muhibah dibawa melancong ke Medan, Indonesia pada 29 Disember 1985 hingga 2 Januari, 1986. Lawatan kami adalah insentif menghargai penglibatan semasa pertabalan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Setiba di Medan, delegasi KSP bergambar dengan pakaian seragam di perkarangan Istana Maimun, warisan kesultanan Deli, Medan.
Basnee bin Mat Ali
Fatimah bt Mohd Rashid
Isma Suria bt Shah Bodin
Fatimah bt Mohd Rashid
Isma Suria bt Shah Bodin
Mohd Ariffin bin Kader Mastan
Abd Hamid bin Abd Aziz
Zainuddin bin Haji Ibrahim
Mohd Fuad bin Jusoh
Mohd Tahir bin Nordin
Manjaya bin Mansor
Yussain bin Youno Yaman
Mohd Darwam bin Haji Wasidin
Abas @ Azhari bin Yahya
Manan Miah bin Wabullah
Bah Suri a/l Amin
Abd Khalid bin Mohd Shafie
Fauziah bt Mohd Said
Nazalina bt Jaafar
Haslina bt Mokhtar
Normadiah bt Abd Manaf
Jackquiline Berlina Hudson
Noraini bt Mohd Noor
Puteri Suriya bt Megat Khas
Azamah bt Kassim
Nurul zaiti bt Mohd Shafie
Jamaliah bt Din
Rosenah bt Shamsul Aman
Zaki Hishamuddin bin Mohd Salleh
Noraini bt Ariffin
Phan Yoan Ping
dan aku...
Lawatan meliputi bandar kota Medan, Parapat dan Danau Toba. Makan tengah hari di Permatang Siantar. Keesokan harinya ke Pulau Somasir, meninjau peninggalan sejarah kebesaran Kerajaan Batak Toba. Kami juga pergi ke Ambarita, dan sempat bergambar beramai-ramai di Tomok. Semalam di Brastagi.
Lawatan ke Medan adalah pengalaman pertama kalinya aku menaiki pesawat ke luar negara. Berlepas dengan pesawat Garuda GA 933 dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ke destinasi Lapangan Terbang Polonia di Medan.
Monday, December 9, 1985
Majlis Santapan Pertabalan Sultan Azlan Shah
Majlis Pertabalan Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diadakan pada 4 hingga 18 Disember 1985. Kumpulan Kebudayaan Negeri Perak telah membuat persembahan tarian kebudayaan pada Isnin 9 Disember 1985 di Dewan Santapan, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Raptai penuh persembahan telah diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Persembahan diringan oleh kumpulan pancaragam dari Tentera Darat. Nyanyian dipersembahkan oleh artis Mazuin Hamzah dari kupulan Quinary M, dan artis dari Sabah, Safar Ghaffar. Gambar di atas adalah raptai tarian "Makan Sireh" sedang berlansung (Aku di bahagian depan sekali berpasangan dengan Nazalina Jaafar). Antara tarian lain termasuk tarian "Inang Selendang" dan tarian "Dabus".
Aku terlibat dengan dua persembahan kebudayaan pada malam itu. Persembahan pertama "Silat Sembah Lela" sewaktu pembukaan majlis santapan. Keduanya tarian "Makan Sireh" ketika majlis santapan berlansung di Balai Rong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Dari kiri:
Mohd Fuad bin Jusoh
Zainuddin bin Haji Ibrahim
Manjaya bin Mansor
Jurulatih silat -
Abdul Hamid bin Abdul Aziz
Phan Yoan Ping
Aku di kanan sekali...
Mohd Fuad bin Jusoh
Zainuddin bin Haji Ibrahim
Manjaya bin Mansor
Jurulatih silat -
Abdul Hamid bin Abdul Aziz
Phan Yoan Ping
Aku di kanan sekali...
Tuesday, June 5, 1984
Artikel Tentang Sharifah Aini
Sebagai peminat Sharifah Aini, setiap program TV yang menyiarkan rakaman nyanyian Sharifah Aini, pasti aku tidak ketinggalan. Ada yang memuaskan dan ada juga yang tidak. Salah satu dari program TV tersebut telah aku komen di akhbar The Star tentang penyiaran persembahan "Puspawarna" pada 28 April 1984.
Aku bukan nak tunjuk pandai, tapi sekdar meluahkan apa yang tidak puas di hati aku saja. Artikel aku di siarkan di bawah tajuk "That's no way to present a Superstar" dalam akhbar The Star bertarikh 5 Jun, 1984.
Sunday, January 1, 1984
Hari Perkahwinanku
Aku melansungkan hari perkahwinanku pada 1 Januari 1984, bertempat di rumah emak di Pasir Puteh. Pasanganku Selmaa Meor Hussin dari Kampung Kuak, Kuala Kangsar. Hari sebelumnya persandingan kami diadakan di Kampung Kuak, Kuala Kangsar.
Acaranya berlansung buat beberapa hari terdahulu, dengan acara berinai kecil, acara akad nikah dan berinai besar hinggalah ke hari persandingan. Kad jemputan kahwin ini aku simpan sekian lama hingga bertukar warna kertasnya kekuningan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
A ku bukanlah seorang pendidik di sekolah, namun aku hanya membimbing rakan-rakan penulis yang berminat untuk belajar mengenali puis-puisi y...
-
Tahun 80'an terkenal dengan kegilaan muzik dan tarian disco. Di Ipoh tidak kurang juga tumbuhnya disko untuk anak-anak muda yang m...


















