Monday, December 9, 1985

Majlis Santapan Pertabalan Sultan Azlan Shah


Majlis Pertabalan Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diadakan pada 4 hingga 18 Disember 1985. Kumpulan Kebudayaan Negeri Perak telah membuat persembahan tarian kebudayaan pada Isnin 9 Disember 1985 di Dewan Santapan, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.


Raptai penuh persembahan telah diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Persembahan diringan oleh kumpulan pancaragam dari Tentera Darat. Nyanyian dipersembahkan oleh artis Mazuin Hamzah dari kupulan Quinary M, dan artis dari Sabah, Safar Ghaffar.  Gambar di atas adalah raptai tarian "Makan Sireh" sedang berlansung (Aku di bahagian depan sekali berpasangan dengan Nazalina Jaafar). Antara tarian lain termasuk tarian "Inang Selendang" dan tarian "Dabus".


Aku terlibat dengan dua persembahan kebudayaan pada malam itu.  Persembahan pertama "Silat Sembah Lela" sewaktu pembukaan majlis santapan.  Keduanya tarian "Makan Sireh" ketika majlis santapan berlansung di Balai Rong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.


Dari kiri:
Mohd Fuad bin Jusoh
Zainuddin bin Haji Ibrahim
Manjaya bin Mansor
Jurulatih silat -
Abdul Hamid bin Abdul Aziz
Phan Yoan Ping
Aku di kanan sekali...



No comments:

 
Flag Counter