Saturday, March 8, 1980

Hari Jadi Nora


Hari Jadi Nora Jaafar yang ke 21 tahun jatuh pada Sabtu 8 Mac 1980, sambutan hari jadi diadakan di rumahnya di Greentown, Ipoh. Nora Jaafar sebagai rakan kenalan pernah menyandang runner-up dalam pertandingan "Miss Tourism" pada tahun sebelumnya.  Perkenalan kami tidak panjang kerana di atas kelewatan yangtidak disengajakan dan orang lain telah masuk meminang.  Apakan daya.  Aku meraikan hari jadinya bersama adik angkatku, Musa Yit (memakai baju petak lengan pendek).

Monday, October 1, 1979

Jurulatih Tarian Negeri Perak


Aku turut menyertai satu kursus Jurulatih Tarian di Tapian Gelanggang, Jabatan Kebudayaan Negeri Perak, Ipoh mulai dari 1 hingga 14 Oktober 1979, mewakili kumpulan kebudayaan Badan Budaya Perak.  Itu adalah kursus jurulatih yang pertama kali aku ikuti sejak bergiat aktif dalam kumpulan kebudayaan. Latihannya berbaloi dalam tempuh dua minggu dapat berkenalan dengan rakan-rakan lain dari seluruh negeri Perak.  



Gambar di atas aku bersama kumpulan Melati.  Antara nama rakan-rakan lain yang aku masih ingat, Zainal, Hamid, Darwam, Malik, dan Zulkarnain.

Saturday, May 12, 1979

Teater Arena: Uda dan Dara


Teater bertajuk "Uda dan Dara" dalam bentuk arena di bawah kelolaan Onie Moraza telah persembahkan di Kampung Sitiawan, Sitiawan, Perak pada 12 Mei 1979. Teater ini didokong oleh para pelakon dari Kumpulan Badan Budaya Perak. Ini adalah lanjutan kepada pementasan yang telah diadakan sebelum ini di Tapian Gelanggang, Ipoh.
 
Aku kelihatan membelakangkan kamera dengan memakai selepang kain pelikat petak merah.  Muzik iringan 'live' dari pemuzik Badan Budaya Perak.  Lakonan melibatkan hampir keseluruhan ahli Badan Budaya.

Friday, April 27, 1979

Belasungkawa: Ayahanda Ke Rahmatullah


Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid adalah ayah kandungku yang aku belum pernah kenali sehingga umurku 25 tahun. Syukur alhamdulillah berkat kesabaran menanti dalam pencarian, akhirnya aku dipertemukan dengan izin Allah swt dengan ayah di Kampung Bunga Raya, Pontian, Johor.  Aku berterima kasih kepada arwah ayahanda Abdul Syukur (abang kepada ayah) yang berusaha membawa aku berjumpa dengan ayah.


Ayah meninggalkan kami pada 27 April 1979 bersamaan 5 Jamadil Awwal 1399 Hijriah.  Aku tiada bersamanya ketika ayah pergi, hanya menerima khabar melalui ayahanda Abdul Syukur.  Aku berpeluang bertemu dengan ayah sekitar dua bulan sebelum ayah meninggalkan kami. Ia meninggalkan kesan yang amat dalam dan tanda kasih yang amat bermakna.

Wednesday, April 25, 1979

Malam Teater Uda dan Dara


Badan Budaya Perak telah menganjurkan sebuah persembahan bertajuk "Malam Uda Dan Dara" bertempat di Tapian Gelanggang, Ipoh pada 25 April 1979. Aku cuba berjinak-jinak dengan persembahan lakonan pentas, namu sekadar mencuba sahaja. Memagang watak orang kampung. Teater didokongi oleh ahli-ahli Badan Budaya Perak diarahkan oleh Onie Moraza.

Tuesday, August 1, 1978

Artikel di Pacific Friends, Japan


Artikel bahasa Inggeris pertama tersiar dalam majalah Pacific Friends yang diterbitkan di negara Jepun. Keratan artikel tersebut seperti di atas. Aku selaku pembaca majalah tersebut yang diperolehi dari Perpustakaan Ipoh.


Beberapa bulan bulan kemudian aku menerima surat penghargaan dari penerbit majalah tersebut, Tomio Bannai dari Jiji Gaho Sha, TBR Building, Tokyo, Japan.

Sunday, April 30, 1978

Mr. Personality MBI 1978


Majlis Bandaraya Ipoh menganjurkan "Labour Day Dinner" pada 30 April 1978 di bangunan Majlis Bandaraya Lama. Aku telah memenangi gelaran Mr. Personality yang dibuat pemilihannya dari kalangan para hadiran.


Berita tersebut tersiar di akhbar New Straits Time keesokan harinya, semasa itu bertugas sebagai Parking Supervisor di Jabatan Kewangan, Majlis Bandaraya Ipoh.

Saturday, July 30, 1977

Majlis Perpisahan



Majlis ini ialah Jamuan Perpisahan untuk rakan sekerja dari Bahagian Letak Kereta, Majlis Bandaraya Ipoh.  Ketua Bahagian, Wong Tuck Soon turut bersama kami pada majlis itu. 

Antara yang masih dikenali, dari kiri (hadapan) Mohd Harun, (x), Karuppiah, Maryam, Noraini Hassan, Daud Hamid, anggota yang diraikan, Wong Tuck Soon, Hor Kam Lan, Vijiakumar, Zahorajan, Jamilah, (x).

Yang lain-lain tu akan dikemaskinikan.

Friday, July 30, 1976

Big Walk 1976


Aku ada menyertai acara 'Big Walk 1976' tapi aku tak pasti tarikh yang sebenar. Acara ini diadakan di Stadium Perak, Ipoh.  Waktu pelepasan peserta di sebelah paginya dan berakhir sekitar sebelum tengah hari. Seperti yang kelihatan, sebelingan peserta dari Majlis Perbandaran Ipoh. 


Bersama aku, rakan sekerja Chong Yat On, merinyu bahagian letak kereta, Vijaya Kamaraj, dan adik angkatku Musa bin Yit.  

Wednesday, June 18, 1975

Parking Attendant MPI



Bergambar bersama rakan setugas dari Unit Letak Kereta, Bahagian Kewangan, Majlis Perbandaran Ipoh.  Selepas tamat sekolah aku terus terima apa saja kerja yang ada, dan aku menjadi anggota Majlis Perbandaran Ipoh ketika sebagai Atenden Letak Kereta (Parking Attendant).  Dari kiri, Sodarshan Kumar, aku, Mohad Daud, Supramaniam, dan Raja Ismail.

Thursday, August 29, 1974

Perjumpaan Dengan L. Ramli

Lagu "Dara Pujaan" memang sudah menjadi hits dalam senarai carta 'Lagu Pujaan Minggu Ini' di Rangkaian Biru, Radio Malaysia pada ketika itu. Lagu itu juga manaikkan nama penyanyinya, L. Ramli dari Pulau Pinang.


Aku bersama beberapa orang rakan dan peminat lagu "Dara Pujaan" mengaturkan perjumpaan  untuk berrtemu dengan penyanyi L. Ramli di Stesen Keratapi Ipoh jam 1.00 pagi, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk membuat persembahan. Keretapi dari Pulau Pinang akan singgah di Stesen Keretapi Ipoh untuk mengambil penumpang. Dalam masa itu kami sempat berbual mesra buat masa yang singkat itu.  

Sajak: PARAH